Tuesday, February 8, 2022

PERTAMA KALI KENAL BLOG

Bismillah.

9/2/2022 ( Rabu )

 

Sebenarnya dah lama  teringin nak buat Blog, tapi tak biasa dengan gajet ni untuk menulis.

Harini belajar dengan anak buka laman Blog. E eh! Rupanya dah ada lah. Macam mana boleh adapun, tatau. Hihihi. Kita bukan rajin nau belek internet ni.

Dah lama tak excercise otak. Otomatik hilang idea. Kreatif dalam tulisan hilang begitu sahaja. Rugi kan? Hangpa jangan dok buat laguni. Kesian kat otak, tak bagi dia buat kerja. Tak berkembang kata orang.

.

Faz perasan, sejak-sejak umur 40 ke atas ni, prestasi otak cepat turun sebab kurang baca dan menulis. itupun mujur baca Quran dan paksa diri masuk group Masjid Bt 14 yang setiap 3 hari akan khatam. Nama group pun Geng Quran 3 hari Khatam. 

Setiap pagi lepas solat Subuh berjemaah dengan anak-anak, kita baca juga. Alhamdulillah, berjaya juga khatam berkali-kali. Doakan Allah nampak usaha kami. Nak lebih dekat denganNYA. At least kita berusaha supaya sering membaca, mendengar dan melihat ayat dan bacaan Quran. 

Banyak Faz tengok orang tua yang rajin baca Quran ingatan mereka bagus sehingga akhir hayat. Mukapun bersih dan muda je. Ko rasa aku tak jeles? Dah tentu Faz belajar daripada pengalaman orang lama.


Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Semoga tahun baru ini bakal menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kita. Perjalanan untuk kejayaan bermula dengan langkah pertama dan langkah yang pertama bermula sekarang.......